Infaq Izan's Bakery
Definisi Infaq
Perkataan infaq (إنفاق) berasal daripada bahasa Arab anfaqa-yunfiqu yang bermaksud membelanjakan atau mengeluarkan harta. Dari sudut istilah syarak, infaq merujuk kepada perbuatan membelanjakan sebahagian harta yang dimiliki untuk tujuan kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Objektif Infaq Izan's Bakery
Program Infaq Izan's Bakery bertujuan mengumpulkan sumbangan infaq secara dalam talian daripada orang ramai sehingga mencapai sasaran kutipan sebanyak RM125, bersamaan dengan 5 kotak kek pisang original.
Setelah sasaran kutipan berjaya dicapai, sumbangan tersebut akan digunakan untuk menyediakan kek pisang original yang kemudiannya akan dihantar terus oleh pihak Izan's Bakery ke masjid-masjid di daerah Gombak secara bergilir-gilir sebagai tanda penghargaan dan perkongsian rezeki kepada komuniti setempat.
Status Kutipan Infaq
0%Giliran Masjid Sekarang
Bil. 01
Masjid Al-Syakirin
Senarai Masjid Terlibat
Masjid-masjid berikut di daerah Gombak akan menerima sumbangan secara bergilir-gilir.